Sabtu, 6 Februari 2010

WAHAI HATI..... DENGARLAH...

~a nice sharing~

Siapa yang tidak mengakui indahnya bunga? Dengan warna yang menarik dan bau yang harum, ia sering menjadi idaman. Kadang-kadang ia juga menjadi perhiasan. Indahnya wajah pula bergantung kepada mata yang melihatnya. Mata yang menilai pula mendapat tafsiran tentang keindahan dari akalnya. Akal yang baik dan cergas adalah akal yang dipandu oleh kasih kepada Allah dan Rasulnya. Bukankah ini yang dinamakan Iman?

Tidak seorang pun yang dapat menafikan betapa indahnya mega petang. Warnanya yang begitu menawan, memukau setiap mata yang memandang, setiap hati yang terusik dan setiap jiwa yang rindukan kedamaian. Namun, lebih indah lagi sekiranya hati kecilnya berkata: "Maha Suci Allah, tidak engkau jadikan semua ini sia-sia. Maha Suci Engkau Ya Allah, lindungilah aku dari api neraka."


Begitu juga dengan keindahan jeram-jeram di kali, dedaun gugur dihembus angin. Peristiwa-peristiwa sebegini amat meninggalkan kesan kepada hati makhluk yang bergelar insan. Itulah hakikatnya, fitrah jiwa manusia. Jiwanya cenderung kepada keindahan dan kecantikan. Biar apapun pangkat dan kedudukannya.


Seorang kaya mungkin ingin merasakan bahawa keindahan itu adalah rumahnya yang tersergam indah di atas bukit dan potretnya dilukis hebat. Seorang fakir pula mungkin merasakan bahawa keindahan itu adalah riak wajah anak-anak kecilnya yang menunggu kepulangannya. Namun, tidak ramai yang mengetahui tentang wujudnya suatu keindahan hakiki. Indahnya ia membuahkan perasaan kasih sayang kepada ibu dan ayah.


Indahnya ia melahirkan rasa kasih pada sahabat dan indahnya ia, memandu akal dan jiwa kepada ketenangan, kedamaian, dan kerinduan kepada kebahagiaan. Itulah tanda kasih dan sayang pada Maha Pencipta dan Maha Pengasih. Itulah tanda kasih dan sayang pada Allah dan Rasulnya. Hatinya berbisik lagi..... "Ya Allah, banyaknya nikmatMu padaku. Tapi, sedikitnya aku bersyukur. Ya Allah, hatiku tahu nafsu jahat itu musuhku, tapi banyak jalan-jalannya yang telah aku turuti. Ya Allah, besarnya pengorbanan ayah, tingginya nilai kasih dan mesra ibu, tapi aduhai..... sedikitnya doaku untuk mereka.

Ampunkan, ampunkanlah wahai yang Maha Pengasih."

Marilah kita bersama-sama memiliki keindahan iman ini. Milikilah ia dengan banyak merenung dan memikirkan nikmat-nikmat Allah milikilah ia dengan ilmu yang mendalam, mudah-mudahan dengannya keindahan yang hakiki akan kita perolehi. Tidak seperti keindahan dunia ini, yang hanya bersifat sementara... ..


credit to: Bani Irwin
remaja_masjid@yahoogroups.com
makasih buat semua 4 da kenduri...
ma, abah, ana, aih~~ owg kuat, huhu
cik Yam, pak cik Ya, cik Nab, Ayah Ngah
abe Eddie, kak Liza, kak Mie, abe Razak n co.~~ yg mai
cik Watie, cik Tina, cik Zah, cik Nah etc.~~ y byk membantu
n sumer tetamu yg mai umah malam tadi...
haha, siyusly, ak rase t'haru n quite hepi malam ni...
timo kasih kat se'mo oghe! ~_^

#biarlah sesekali ak mrasa hepi, wlaupun juz for one night (cam tajuk citer), huhu

tringat satu kata2, lebey kurang camni... "Dia turunkan hujan, puas kita mengeluh, namun, sebenarnya, Dia ingin menghadiahkan kepada kita suatu pelangi yang cantik"

iAllah... jgn mudah putus asa, balik kesusahan ada kemudahan.
"Oleh itu waktu senang, jgn lupa daratan...." ~~ in-team song
pringatan buat diri sndri jugak sbagai manusia yg t'kadang alpa...